Raja lawak telah di perkenalkan pada tahun 2006. Rajalawak Astro dikenali sebagai RLA dengan singkatan kata. Tidak sangka ia mampu bertahan. Rajalawak telah berpindah dari Astro Prima(saluran 105) ke Astro Warna(saluran 132). Kalau dulu ia dalam pakej basic, tetapi sekarang kita kena bayar tambahan sikit untuk mengnikmati rancangan Rajalawak astro ini. Ia boleh dilangani dalam pakej Mustika. Bagai mereka yang mengemari rajaklawak tambahan ini bukan soal kerana rancangan ini menjanjikan mutu persembahan yang memang menarik.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani Rajalawak Astro edisi ke 6 ini membawa satu standard yang tinggi dan kandungan yang segar. Beliau memaklumkan pada edisi ke 6 ini pemilihan peserta agak ketat supaya ia memberi impak yang luar biasa dengan mempastikan kualiti lawak di persembahkan setandaing dengan upgrade yang dilakukan dari astro prima ke astro warna. Penonton bijak menilai lawak yang dipersembahkan oleh peserta kerana merekalah yang menentukan rancangan lawak ini terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Peserta Raja lawak 6

 

Peserta rajalawak Astro 6 telah melalui saringan yang ketat. Senarai peserta telah melalui saringan di beberapa lokasi seluruh negara. Dua belas peserta telah di pilih untuk mempersembahkan lawak mereka. Tidak ada peserta wanita pada kali ini. Dari pada 12 peserta cuma seorang saja peserta solo iaitu Mohd. Shahdan Salleh atau Kodan.  Peserta lain adalah seperti kumpulan Zero, Skema, Cuit, 2Yol, GMan, Albob, Shiro, Riki, Selak, ketupat dan king.

Raja lawak 6 Astro

Raja lawak 6 Astro

Format raja lawak Astro 6

Perubahan yang ketara di tonjolkan oleh RLA 6 ini adalah memperkenalkan pengetua dan penasihat. Mereka juga memperkenalkan gelaran Cif Kecik kepada Angah, Yus dan Tauke. Pengetua RLA 6 ini adalah pengarah terkenal negara Ahmad Idham dikenali sebagai Cif Besar. Tanggungjawab Cif Besar dan Cif Kecik adalah untuk mempastikan setiap persembahan peserta dibawah jagaan cif Kecik di pantau di perhatikan sebelum membuat persembahan. Ini penting untuk mempastikan hala tuju persembahana tidak tersasar. Peserta bebas memberi persembahan dan kreativiti sendiri.  Tugas Cif Kecik adalah untuk memberi motivasi, semangat dan apa yang dirasakan perlu sebelum persembahan. Tugas Cif besar adalah untuk emmantau tugas Cif Kecik dan peserta.  Ramai yang mempertikaikan mengapa astro mengambil pelawak yang masih hijau atau baru sebagai mentor kepada peserta rajalawak Astro 6 ini. Pihak Astro yakin hanya bekas peserta saja yang faham bagaimana tekanan yang akan dihadapi oleh peserta. Kita bagi lah peluang kepada mereka untuk menunjukkan mereka boleh membimbing pelawak baru di Rajalawak Astro ini.  Mereka juga mempunyai pengalaman yang cukup banyak dalam dunia lawak di Malaysia.

Raja lawak 6 Astro

Cif Besar mahu semua peserta mengali idea diluar kotak supaya lari dari kebiasaan yang dibuat oleh mereka. Mereka juga harus akur dengan garispanduan astro agar persembahan mereka tidak menyentuh sensitiviti masyarakat majamuk di Malaysia.  Hos rancangan ini adalah pelawak yang tidak asing lagi iaitu Johan dan Zizan

Al-kisah rajalawak di mana astro akan memperkenalkan watak-watak hebat dalam rajalawak astro akan disiarkan pada 11 dan 12 Januari 2012. Manakala kapsul Rajalawak akan disiarkan bermula 16 Januari 2012 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 9.55 malam.  Program rajalawak 6 akan di siarkan secara langsung pada pukul 10.00malam

0 comments:

 
Top